LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemain import Sarawak United, Taylor Regan dikhabarkan telah meninggalkan kelab bola sepak Sarawak United dan membuat laporan ke Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) berkenaan kegagalan kelab tersebut membayar gaji beliau.

Menurut laporan The Star, Regan mendakwa bahawa Sarawak United belum membayar gaji beliau dan pemain – pemain lain walaupun telah dijanjikan akan dibayar sebelum ini.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Laporan sama turut menyatakan bahawa peluang demi peluang telah diberikan oleh pemain bagi memastikan Sarawak United membayar tunggakan gaji dan bonus, namun ianya berakhir dengan janji kosong.

Malah Regan juga menyatakan bahawa ‘boss’ kelabnya tidak kelihatan sejak bulan Mac lalu dan ini amat mengecewakan dirinya.

>> JUALAN JERSI SARAWAK UNITED

Dalam pada itu, Regan juga menjelaskan bahawa keputusan beliau meninggalkan kelab Liga Super itu adalah bagi mendedahkan kepada semua orang bahawa masalah culas gaji masih berlaku di Sarawak United.

Dalam perkembangan sama, Regan juga melahirkan kegembiraannya bermain dengan kelab tersebut dimana beliau mengibaratkan pemain dan barisan kejurulatihan Sarawak United adalah yang terbaik.

Beliau menjelaskan bahawa biarpun masalah ini berlaku, beliau dan rakan seperjuangan masih dapat bergembira sebagai satu pasukan.

Regan juga menyatakan beliau sedang mempertimbangkan beberapa tawaran dan hanya akan membuat keputusan selepas merayakan Hari Christmas.

Sarawak United tidak menerima lesen kelab bola sepak kebangsaan penuh musim hadapan selepas pihak FIB FAM mengenakan syarat tambahan bagi memastikan masalah culas gaji di kelab tersebut diselesaikan dahulu.

Pemilik bersama kelab tersebut, Posa Majais telah dilaporkan berkata bahawa hampir semua gaji pemain telah dibayar pada bulan Oktober lalu.

Sungguhpun demikian, khabar ketidakbayaran gaji masih kedengaran dengan pemain Sarawak United tampil membuat aduan pada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) pada bulan November lalu.

>> CENDERAMATA SARAWAK UNITED MURAH

Biarpun demikian, hal penyelesaian gaji pemain masih lagi hadir dengan MFL juga memberi bayangan mereka akan berjumpa dengan pihak kelab Sarawak United bagi menyelesaikan masalah tersebut yang mana boleh mengganggu kenaikan pasukan bergelar The Golden Hornbill itu ke Liga Super musim hadapan.

Sarawak United adalah pasukan Selangor United yang dibeli oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) pada 2019 dimana ianya kemudiannya dikenalpasti bahawa Posa dan FAS adalah pemilik bersama kelab tersebut.

Selaku pemilik bersama kelab tersebut Posa, kelab tersebut telah dirombak menjadi dengan identiti baharu dan telah dipindahkan pusatnya di Kuching, dengan pasukan tersebut mendapat promosi secara merit dengan menghabiskan Liga Premier di kedudukan kedua musim ini.

Selain menjadi pemilik bersama kelab tersebut, Posa juga merupakan Presiden FAS dan telah berjaya mengekalkan jawatannya sehingga tahun 2024.