LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Tunggakan gaji semua pemain Sarawak United akan diselesaikan pada hujung bulan Oktober.

Pemilik kelab tersebut, Posa Majiis mengesahkan perkara demikian dalam satu artikel yang dikeluarkan CAKAPSUKAN.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Posa dalam artikel tersebut dipetik sebagai hairan mengapa ada pemain yang tidak menganggap bayaran pendahuluan sebagai gaji, dan sebaliknya telah menimbulkan isu tunggakan gaji.

“Beberapa pemain yang memohon wang pendahuluan, kita berikan kepada mereka walaupun belum tiba gaji, jadi bukanlah ini juga dianggap sebagai gaji bulanan pemain.

“Tunggakkan gaji ini hanya melibatkan segelintir pemain sahaja, bayaran RM50,000 telah diberikan kepada salah seorang pemain import dan selebihnya akan dijelaskan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Bukan pemain import itu sahaja tetapi semua pemain akan mendapat gaji mereka,” katanya kepada laman CAKAPSUKAN.

Sarawak United baru baru ini mendapat perhatian ramai peminat bola sepak Malaysia selepas isu tunggakan gajinya disiarkan oleh akhbar BH Sukan.

Pasukan tersebut kemudiannya dikenakan tindakan oleh Pelesenan Kelab Malaysian Football League (MFL) First Instance Body (FIB) yang mana telah hanya mengeluarkan lesen bersyarat kepada kelab tersebut bagi musim hadapan.

Sarawak United akan diberi lesen kebangsaan penuh sekiranya berjaya memenuhi syarat yang dikenakan FIB.