LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kedudukan Sarawak United dalam Liga Malaysia kini menjadi perhatian ramai dengan Ketua Eksekutif Malaysia Football League (MFL) Stuart Ramalingam dikhabarkan menyatakan bahawa pihaknya akan mengadakan satu sesi menyusarat dengan kelab tersebut dan bahagian perlesenan kelab bola sepak MFL.

Maklumat tersebut telah ditulis dalam satu artikel oleh akhbar New Strait Times.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Sarawak United sebelum ini hanya diberi Lesen Bolasepak Kebangsaan Bersyarat selepas pihak MFL memohon kelab tersebut menyelesaikan isu tunggakan gaji yang dialami kelab tersebut.

MFL dalam pada itu juga menyatakan mereka akan mengadakan lawatan ke pejabat kelab tersebut bagi memastikan dokumen yang diperlukan berada dalam kedudukan baik.

>> DAPATKAN TOPI UNIK SARAWAK UNITED

Pihak Sarawak United dalam maklum balas berkenaan isu tunggakan gaji yang hangat sebelum ini menegaskan bayaran akan dibuat, dengan pemilik kelab tersebut, Posa Majais sendiri mengesahkan bahawa bayaran akan dilangsaikan sebelum Piala Malaysia bersambung pada bulan Oktober 2021 lalu.

Sungguhpun demikian, desas desus dan khabar angin berkenaan tunggakan gaji kembali timbul tidak lama kemudian dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan bahawa beberapa pemain telah tampil kepada mereka membuat aduan rasmi berkenaan kelab mereka.

Jika benar masih hadir masalah tunggakan gaji, Sarawak United mungkin tidak akan dapat meneruskan aksi mereka di Liga Malaysia kerana syarat lesen kelab bolasepak bersyarat yang diberikan kepada Sarawak United pada bulan lepas menegaskan bahawa masalah tunggakan gaji yang dialami perlu diselesaikan sebelum pasukan tersebut boleh diberi lesen penuh.