LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Bekas pemain Sarawak United, Taylor Regan telah mendakwa bahawa ketidakbayaran gaji oleh pihak pengurusan Sarawak United telah memberi kesan paling teruk kepada pemain – pemain muda kelahiran Sarawak.

Dalam temubual esklusif bersama Astro Arena, Regan menyatakan bahawa beliau kasihan dengan pemain – pemain muda, khususnya pemain kelahiran Sarawak, yang telah terpaksa bermain tanpa gaji disamping meninggalkan rumah mereka selama berbulan – bulan ketika Liga Malaysia berlangsung.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Taylor turut mendakwa bahawa beberapa pemain Sarawak United telah diusir keluar dari rumah sewa mereka atas kegagalan mereka membayar sewa semasa di Kuala Lumpur.

“Ianya lebih menyedihkan untuk pemain tempatan. Mereka yang dari Kuching. Mereka tiba di KL pada bulan Januari kerana Covid, dan mereka diusir keluar kerana gagal membayar sewa.” kata Regan kepada Astro Arena.

“Mereka telah diusir lima hingga enam tempat, dan terpaksa sentiasa berkemas dan berpindah.

“Ashri Chuchu, pemain ternama. Bermain untuk pasukan kebangsaan. Tidak menemui keluarganya untuk sembilan – sepuluih bulan, tetapi tidak ada duit. Ianya sangat menyedihkan” jelas Regan lagi.

>> JERSI SARAWAKUNITED OUREFIT

Sungguhpun demikian, Regan memberi pujian kepada pemain Sarawak United yang telah bersikap profesional dan memberikan yang terbaik, namun tetap melahirkan kekesalannya terhadap situasi culas gaji yang menyebabkan pemain, khususnya pemain muda, sengsara.

“Semua pemain import adalah orang tua. Kami faham bahawa situasi sebegini boleh berlaku.

“Tetapi pemain muda dari Kuching. Mereka berikan yang terbaik. Mereka tinggalkan keluarga mereka tetapi tidak ada menerima duit.

“Bagi saya, merekalah yang paling sengsara.” ujar Regan lagi.

Regan kelmarin telah dilaporkan membuat laporan FIFA berkenaan kegagalan pihak majikannya membayar gajinya sejak beberapa bulan lalu.