LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab Liga Premier Kuching City hari ini mengesahkan mereka telah melamar dan mengikat Saiful Wazizi Mohamad untuk mengharungi musim 2022.

Saiful yang berusia 23 tahun itu merupakan penjaga gol pilihan kedua Sarawak United musim lalu dan merupakan anak kelahiran Sarawak.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Beliau merupakan bekas pemain penyerang, sebelum mengambil posisi penjaga gol ketika masih lagi bermain di peringkat belia.

Majlis menandatangani pemain tersebut telah dilaksanakan di ibu pejabat Kuching City dan disaksikan sendiri oleh ketua pegawai eksekutif The Cats, Iswandi bin Ali Hassan.

Kuching City sebelum ini telah mewar – warkan mereka akan mengambil tiga pemain import baharu dengan lapan pemain Piala Presiden kelab tersebut turut diangkat ke pasukan senior The Cats bagi musim akan datang.

Saiful merupakan pemain tempatan pertama yang diumumkan secara rasmi telah dilamar oleh Kuching City untuk musim hadapan.