11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sekumpulan pemain Sarawak United dikhabarkan telah membuat aduan rasmi kepada pihak Persatuan Pemain Profesional Bolasepak Malaysia (PFAM) berkenaan kelab mereka, Sarawak United.

Buat masa ini, tujuan aduan tersebut tidak dapat dipastikan kerana ianya tidak dinyatakan dalam kenyataan di laman sosial rasmi PFAM.

SHOPEE

Sungguhpun demikian, PFAM telah menyatakan bahawa mereka kini telah memulakan proses surat menyurat terhadap kelab tersebut.

“Kami di PFA Malaysia telah pun menerima aduan secara rasmi daripada para pemain Sarawak United FC dan secara rasminya juga telah memulakan proses surat menyurat terhadap SUFC.” kata PFAM dalam kenyataan ringkas di media sosial mereka.

Dalam perkembangan sama, PFAM juga memuji keberanian pemain Sarawak United yang akhirnya tampil membuat aduan secara rasmi, dengan persatuan tersebut melahirkan kesediaan mereka untuk berdiri menyokong pemain yang mengharungi proses akan datang.

>> SAMSUNG GALAXY Z FOLD3 KINI RM1 DI SHOPEE

“PFAM sentiasa berada bersama pemain dan keberanian pemain untuk akhirnya tampil membuat aduan rasmi wajar dipuji. Seluruh ahli PFAM menyatakan #SolidaritiUntukPemain dan menyokong para pemain yang sedang mengharungi tempoh sukar ini. ” jelas persatuan itu lagi.

Sebelum ini, Sarawak United terpalit isu gaji tertunggak dengan kelab tersebut hanya diberi status kelab bola sepak bersyarat ekoran masalah pembayaran gaji oleh pihak First Instance Body (FIB) Malaysia Football League.

Masalah itu dianggap selesai selepas pemilik kelab tersebut, Posa Majais berjanji akan melangsaikan semua bayaran pada akhir bulan lalu (Oktober).

Kenyataan rasmi PFAM boleh dilihat dibawah.