Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mencipta sejarah apabila sah akan mengambil alih pasukan bola sepak dari luar kawasan jagaan sendiri.

FAS yang berpangkalan di Kuching telah sah akan mengambil alih pasukan Selangor United yang mana berpangkalan di Sabak Bernam, Selangor.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

Ini merupakan kali pertama sebuah persatuan mengambil alih pasukan luar.

Sebelum ini, persatuan bola sepak Malaysia biasanya mengambil alih pasukan di dalam kawasan jagaan mereka sahaja.

Ini menghasilkan pasukan simpanan, seperti yang berlaku di Selangor, Terengganu dan Perak.

Di Johor, keadaan adalah unik dimana Persatuan Bolasepak Negeri Johor  (PBNJ) telah diasingkan dari pengurusan kelab bola sepak profesional, dan kemudiannya Johor FC dijenamakan semula kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC), dan seterusnya mengambil alih pasukan Johor FA yang sebelum ini diselia oleh PBNJ.

Kini PBNJ hanya menguruskan hal-ehwal bola sepak Johor dan tidak terlibat di dalam pengurusan pasukan JDT FC.

Oleh itu, pengambilalihan Selangor United oleh FAS, dan penjenamaan semula pasukan tersebut bagi mengantikan pasukan Sarawak FA yang telah disingkirkan ke Liga M3 membuktikan bahawa ianya merupakan satu sejarah baharu bola sepak tanah air.