11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Sarawak United perlu memastikan mereka menyelesaikan masalah pembayaran gaji pemain dan pegawai selepas Pelesenan Kelab Malaysian Football League (MFL) First Instance Body (FIB) yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif memberi kata dua kepada pihak pengurusan kelab ekoran permasalahan kewangan yang membelenggu kelab tersebut.

Biarpun diberi lesen kelab bola sepak kebangsaan, Sarawak United adalah satu – satunya kelab Liga Premier 2021 yang diberi lesen tersebut dengan syarat dengan lima pasukan lain diberi lesen kelab bola sepak kebangsaan tanpa syarat.

SHOPEE

Dalam kenyataan rasmi MFL hari ini, FIB membayangkan Sarawak United boleh dikenakan tindakan yang tidak terhad kepada ‘pemindahan larangan, penyingkiran ke pembahagian bawah dan pengeluaran lesen.’ yang mana secara tidak langsung memberi amaran bahawa kelab tersebut boleh disekat dari naik ke Liga Super untuk musim 2022, atau lebih teruk lagi, dibatalkan penyertaan dari bermain di Liga Malaysia musim hadapan.

Sarawak United telah layak ke Liga Super 2022 secara merit, dan tindakan seperti di atas sudah pasti akan menggugat reputasi kelab yang khabarnya telah diambil alih bagi ‘menyelamatkan maruah bola sepak Sarawak’.

MFL dalam pada itu mahukan lebih banyak dokumentasi tambahan dari Sarawak United kali ini dengan badan induk itu juga mahu Sarawak United FC menyerahkan pembayaran dan bukti penyelesaian atas hutang tertunggak mereka terhadap LHDN 2021 kepada Pelesenan Kelab MFL selewat-lewatnya pada 20 Nov 2021.

Menurut MFL, keperluan dokumentasi tambahan itu adalah kerana hadir kebimbangan badan tersebut “terhadap kemampuan Sarawak United untuk terus mencetuskan kebimbangan berterusan sehingga akhir musim.”

Dalam pada itu, Pentadbiran Pelesenan Kelab MFL juga akan melakukan lawatan ke lokasi untuk tujuan siasatan selanjutnya.

Jika Sarawak United gagal bekerjasama atau tidak berupaya memenuhi syarat – syarat yang dikenakan, MFL akan merujuk Sarawak United kepada FIB dan sekatan berdasarkan Artikel 2.4 Peraturan Kelab MFL 2021 yang mana boleh menggangu peluang Sarawak United beraksi di Liga Super.

Sarawak United kini sedang hangat diperkatakan di arena bola sepak Malaysia selepas pemiliknya, Posa Majais, membidas pihak yang mengungkit hal gaji yang lewat dibayar.