LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Nike hari ini telah melancarkan jersi terbaharu pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya untuk 2022-2024 yang bertemakan ‘Demi Lencana Di Dada’, iaitu semangat juang bermain untuk negara mengatasi segalanya.

Jersi utama atau jersi ‘home’ edisi kali ini kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar bulatnya berwarna hitam manakala jersi kedua atau jersi ‘away’ juga terus dikekalkan warna hitam sebagai warna dominan.

Majlis pelancaran kedua-dua jersi tersebut telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Majlis pelancaran menampilkan tujuh pemain skuad Harimau Malaya terdiri daripada penjaga gol – Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, V. Ruventhiran, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Ahmad Khuzaimi Piee, Brendan Gan dan Akhyar Rashid.

Menurut Datuk Haji Hamidin, jersi ‘home’ kali ini memang reka bentuknya akan dinilai oleh peminat bola sepak negara sebagai terlalu ringkas, namun ia sebenarnya membawa maksudnya yang tersendiri.

“Kalau jersi ‘home’ kita sebelum ini berkolar dan mempunyai sedikit warna hitam di lengan dan bahagian sisi, jersi ‘home’ kali ini tampil lebih unik sebenarnya apabila keseluruhan jersi berwarna kuning dan hanya di bahagian kolar bulatnya sahaja berwarna hitam.

“Inilah sebenarnya naratif yang cuba disampaikan iaitu segala fokus pada jersi ‘home’ kali ini bukan kepada corak atau reka bentuknya tetapi tertumpu kepada sifat eksklusif logo FAM itu sendiri untuk membawa mesej mereka (pemain) bermain ‘Demi Lencana Di Dada’.

“Bagi jersi ‘away’ pula, sama seperti edisi 2020-2022 apabila warna hitam sebagai warna dominan mula diperkenalkan, ia dikekalkan sebagai warna jersi ‘away’ kali ini kerana kita mahu warna tradisi hitam dan kuning sentiasa ada biarpun pada jersi kedua.

“Semoga dengan jersi baharu ini, ia akan memberikan semangat baharu kepada para pemain Harimau Malaya apabila mereka beraksi di pentas Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Disember ini, seterusnya pada Piala Asia 2023 di Qatar dan juga perlawanan-perlawanan antarabangsa lain, termasuk juga untuk pasukan-pasukan kebangsaan yang lain iaitu pasukan wanita, remaja, futsal dan juga bola sepak pantai.

“Terima kasih kepada Nike yang tetap setia bersama FAM dan Harimau Malaya sepanjang tempoh lebih 15 tahun ini (sejak 2007) yang mana sudah tentu jersi edisi 2022-2024 ini akan tinggi nilainya kerana ia bakal ‘beraksi’ di pentas Piala Asia 2023,” kata Datuk Haji Hamidin.

Jersi baharu edisi 2022-2024 ini akan mula diguna pakai apabila skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon turun pada dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember 2022, seterusnya pada aksi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

jersi Harimau Malaya 2022-2024 ini sudah boleh didapati mulai hari ini, 17 November 2022 pada harga RM299 sehelai.

Maklumat lanjut berkenaan jersi Harimau Malaya 2022-2024

Jika anda mahukan maklumat lanjut ataupun pautan membeli jersi Harimau Malaya, anda boleh menggunakan pautan – pautan dibawah.

Untuk makluman, Nike menawarkan diskaun 15% bagi barangan yang dibeli melalui Lazada.