11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sarawak United telah membuat bayaran kepada pemain – pemainnya dengan pemiliknya, Posa Majais mengesahkan sendiri pihaknya telah membayar gaji yang tertunggak.

Malah, pemilik pasukan Kenyalang Emas itu memaklumkan BH Sukan bahawa dia sendiri telah mengeluarkan enam cek kelmarin, dan telah melangsaikan gaji pemain yang bergaji kecil.

SHOPEE

Posa juga menyatakan bahawa dia akan menyelesaikan tunggakan yang lain sebelum bersambungnya perlawanan Piala Malaysia nanti.

“Kelmarin saya sudah selesaikan enam cek. Kita juga sudah selesaikan untuk mereka yang bergaji kecil. Apa yang pasti kita akan cuba selesaikan tunggakan itu sebelum bermulanya perlawanan Piala Malaysia nanti.” Posa dipetik berkata oleh BH Sukan.

Dalam perkembangan sama, Posa juga menyatakan bahawa gaji pemain import pasukan tersebut telah diselesaikan kelmarin dengan tungakkan setengah bulan sahaja yang tinggal.

Dia menegaskan bahawa tidak ada isu kes tersebut dibawa ke FIFA kerana pihaknya telah juga memberi wang pendahuluan kepada pemain.

// JERSI SARAWAK UNITED MURAH

“Kita juga sudah selesaikan tunggakan gaji pemain import semalam (kelmarin), jadi hanya tinggal sebulan setengah lagi. Bagaimana kes ini akan dibawa ke FIFA? Kita juga berikan wang pendahuluan kepada pemain.” Posa dipetik berkata dalam artikel BH Sukan lagi.

Dalam pada itu, Posa juga mengecam tindakan pihak yang mencanangkan hal kelewatan bayaran gaji tersebut dan berpendapat ada pasukan yang mempunyai tunggakan lebih lama.

Dia menyatakan pemain yang telah lama dengan pihaknya faham akan situasi tersebut dan menyelar pihak yang cuba menjatuhkan Sarawak United dengan cara kotor.

“Tunggakan baru dua bulan setengah tetapi riuh sekampung sedangkan ada pasukan lain yang tertunggak lebih lama. Pemain yang lama dengan saya akan faham situasi seperti ini.

“Kenapa dengki sangat dengan Sarawak United? Kalau mahu jatuhkan Sarawak United dengan cara kotor, buruk padahnya nanti,” Posa dipetik lagi dalam artikel BH Sukan.

Turut disentuh Posa dalam artikel BH Sukan tersebut adalah kesukaran kelab Sarawak United mendapatkan dana ekoran pandemik COVID-19 dan dia memohon pemain memahami situasi kelab yang turut terkesan dalam menjanakan wang.

Sebelum ini, laporan BH Sukan telah mendakwa bahawa kelab tersebut belum membayar pemain dan pegawainya dengan peguam dua pemain mengesahkan masalah tersebut sememangnya benar.

Turut mengesahkan wujud ‘masalah’ dalam kelab adalah laman sosial Sarawak United yang telah membalas komen peminat dengan mengatakan ‘pihak pengurusan sedang menyelesaikan semua masalah’.