11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Negeri Sembilan telah menarik diri daripada Piala Malaysia 2021 selepas Seramai 20 orang pemain dan empat pegawai kelab tersebut sah dijangkiti Covid-19.

Dalam satu kenyataan rasmi, kelab tersebut memaklumkan bahawa ianya akan menarik diri daripada baki saingan Piala Malaysia dengan serta merta dan sedang melaksanakan ujian pengesanan Covid-19 terhadap kontak rapat pemain dan pegawai Negeri Sembilan yang terlibat.

SHOPEE

“Dukacita dimaklumkan bahawa seramai empat pegawai dan 20 pemain NSFC telah sah dijangkiti Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Ujian pengesanan Covid-19 scara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan Negeri Sembilan menerangkan bahawa keputusan menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini adalah demi menjaga keselamatan semua pihak serta mengambil nasihat yang diberikan oleh doktor pasukan.

// DAPATKAN JERSI NEGERI SEMBILAN FC

Kelab tersebut juga memohon maaf tidak dapat meneruskan aksi persahabatan dengan Kuching City pada 20 Oktober kelak.

“NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada para penyokong pasukan kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Oktober 2021 dan pasukan NSFC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.

“Pihak NSFC juga berharap agar para penyokong memberikan sokongan dan mendoakan kesejahteraan para pemain dan pegawai pasukan,” kata kenyataan itu lagi.