TIKET KUCHING CITY VS SELANGOR DIAMBANG ‘SOLD OUT’

Stadium Negeri Sarawak sudah hampir pasti sekurang-kurangnya 1/3 penuh pada 18 April 2026 apabila Kuching City FC melayan kunjungan Selangor FC dalam perlawanan timbal balik Piala Malaysia.

Ini adalah ekoran terjualnya hampir 8,000 tiket perlawanan tersebut pada hari pertama jualan tiket perlawanan.

Perkongsian beberapa peminat juga menyatakan sekurang-kurangnya satu zon berbumbung sudah kehabisan tiket, namun tiket di zon terbuka khususnya masih lagi banyak. Maklumat ini walaubagaimanapun tidak dapat disahkan pihak kami dan merupakaan khabar dari peminat setakat ini.

Perlawanan Kuching City menentang Selangor FC menjadi tumpuan peminat bola sepak Sarawak kerana ianya merupakan kali pertama pasukan The Cat melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia sejak ditubuhkan sedekad lalu.

Dengan kedua-dua pasukan kini terikat secara aggregat, Kuching City juga dilihat mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri untuk terus mencipta sejarah dengan mara ke aksi final Piala Malaysia buat kali pertama.

Bagi peminat yang mahu ke Stadium Negeri, anda dinasihatkan segera membeli tiket anda kerana adalah dijangkakan tiket perlawanan ini bakal ‘sold out’, rekod pertama seumpamanya dalam sejarah pasukan The Cats.

Tiket boleh dibeli di lokasi di bawah:

Online: www.tickethotline.com.my

Tiket fizikal boleh dibeli di :

  • LSC WISMA HOPOH
  • LSC SARAWAK PLAZA
  • LSC SUMMER MALL, KOTA SAMARAHAN
  • CAPSULE SPORT REHAB METROCITY
  • PASAR MALAM BELIA N6 METROCITY

Imej: KCFC

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top