LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Piala Dunia Qatar 2022 akan berlangsung kurang sebulan, dan ada baiknya kami kongsikan serba sedikit maklumat berkenaan kejohanan bola sepak terulung itu di sini.

Di sini, kami berkongsi jadual perlawanan bagi Piala Dunia 2022, serta tempat anda boleh melihat siaran langsung Piala Dunia secara percuma dan berbayar.

Selain itu, dengan jualan 11/11 kini bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi, kami juga kongsikan koleksi jersi Piala Dunia 2022 yang akan digunakan di Qatar kelak bersama pautan untuk membelinya pada harga ‘mampu milik’.

Diharapkan perkongsian kami ini akan membantu anda menikmati Piala Dunia tahun ini dengan lebih baik lagi.

Jadual Perlawanan Piala Dunia Qatar 2022

Piala Dunia 2022 akan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember 2022 di Qatar.

Kejohanan melibatkan 32 pasukan terbaik dunia, yang akan bertanding secara kumpulan dahulu, dengan 16 pasukan melayakkan diri ke peringkat 16, seterusnya suku akhir, seterusnya separuh akhir, dan Akhir.

Pada peringkat kumpulan, pecahan dan jadual perlawanan adalah seperti di bawah. (Imej oleh FIFA)

Di bawah adalah jadual penuh Piala Dunia 2022. (Imej oleh Sporting Life)

Siaran langsung Piala Dunia Qatar 2022

Jika anda mahu menyaksikan Piala Dunia dengan harga terendah di Malaysia, anda mempunyai beberapa pilihan.

Sooka

Pilihan pertama adalah dengan melanggan Sooka, yakni satu aplikasi yang mana menawarkan siaran langsung Piala Dunia 2022.

Anda cuma perlu memuat turun dan memasang aplikasi Sooka di telefon pintar/tablet anda, dan melanggan kepada pakej Piala Dunia aplikasi tersebut.

Pada masa tulisan, pakej sooka VIP TV untuk menyaksikan Piala Dunia secara lansung adalah RM62.90/sebulan dan anda boleh menyaksikan kesemua 64 perlawanan secara langsung.

Keburukan pakej ini adalah ianya terhad kepada gajet pintar sahaja dan anda mungkin tidak akan puas hati dengan skrin paparan yang agak kecil.

Beli sooka: LAZADA | Shopee

ASTRO njoi prepaid

Pilihan kedua adalah dengan melanggan Astro njoi. Umum tahu, Astro njoi adalah rangkaian TV satelit prabayar, yang mana akan memberikan anda saluran – saluran ASTRO secara terpilih dan secara pra-bayar. Khidmat ini termasuklah saluran khas HD untuk Piala Dunia 2022 kelak.

Dengan harga serendah RM99 (bagi pass Piala Dunia), anda boleh menikmati semua 64 perlawanan Piala Dunia 2022, Astro Arena HD, voucher GO SHOP bernilai RM30 dan sooka VIP+ sports.

Ini bukan sahaja bermaksud anda boleh menonton Piala Dunia di TV anda, tetapi juga boleh menonton semua perlawanan Piala Dunia 2022 di telefon bimbit anda melalui aplikasi sooka.

Untuk menonton Piala Dunia 2022 secara langsung di ASTRO njoi, anda perlu membeli khidmat njoi terlebih dahulu.

Beli ASTRO njoi: LAZADA | Shopee

ASTRO

Menonton Piala Dunia 2022 dengan ASTRO bukanlah cara yang asing lagi untuk menonton sukan dan bola sepak di Malaysia. Pakej yang ada bermula dari RM89.99 sebulan dengan tidak kurang 18 saluran sukan, dan saluran saluran khas untuk Piala Dunia 2022.

Saluran khas ini akan menayangkan semua 64 perlawanan Piala Dunia kelak.

Beli ASTRO: LAZADA | Shopee

RTM

Jika anda tidak mahu berbelanja dan hanya mahu melihat Piala Dunia 2022 secara percuma, anda juga boleh memilih untuk menonton di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kerajaan telah berjanji akan menayangkan 27 perlawanan secara langsung termasuk perlawanan akhir Piala Dunia 2022, dengan 14 siaran tertunda di RTM. Adalah difahamkan, siaran akan melibatkan negara dengan ranking tinggi dan mempunyai ramai peminat di Malaysia.

Jika anda tidak mempunyai dekoder untuk menonton RTM, anda seharusnya mendapatkan dulu dekoder tersebut.

Beli dekoder untuk RTM: LAZADA | Shopee

Jersi pasukan Piala Dunia Qatar 2022

Bagi penyokong dan penonton Piala Dunia kali ini, pastinya ianya akan lebih meriah jika anda mengenakan jersi pasukan pilihan anda.

Di bawah adalah jersi pasukan – pasukan yang bertanding, serta tempat anda boleh membeli jersi tersebut dengan harga ‘mampu milik’. Imej dibawah diperolehi daripada laman dmarge.com.

JERSI ARGENTINA

JERSI AUTRALIA

JERSI BELGIUM

JERSI BRAZIL

JERSI CAMEROON

JERSI CANADA

JERSI COSTA RICA

JERSI CROATIA

JERSI DENMARK

JERSI ECUADOR

JERSI ENGLAND

JERSI FRANCE

JERSI GERMANY

JERSI GHANA

JERSI IRAN

JERSI JAPAN (JEPUN)

JERSI MEXICO

JERSI MOROCCO

JERSI BELANDA (NETHERLANDS)

JERSI POLAND

JERSI PORTUGAL

JERSI QATAR

JERSI ARAB SAUDI (SAUDI ARABIA)

JERSI SENEGAL

JERSI SERBIA

JERSI KOREA SELATAN (SOUTH KOREA)

JERSI SEPANYOL (SPAIN)

JERSI SWITZERLAND

JERSI TUNISIA

JERSI USA (AMERIKA SYARIKAT)

JERSI URUGUAY

JERSI WALES