11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab Kuching City telah melengkapkan lesen bola sepak kebangsaan dan kini boleh bermain di samada Liga Premier dan Liga Super pada musim hadapan.

Menurut kenyataan Malaysia Football League (MFL), Kuching City adalah satu daripada lima pasukan yang bertanding di Liga Premier 2021 yang telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan yang mana membolehkan mereka bertanding dalam Liga Super 2022 atau Liga Premier 2022 jika layak.

SHOPEE

Biarpun Kuching City tidak akan bermain di Liga Super musim hadapan, kebolehan kelab tersebut memastikan mereka telah menyelesaikan hal pentadbiran berkaitan lesen bola sepak kebangsaan sememangnya menunjukkan kelab tersebut di landasan betul untuk mempersiapkan diri untuk bermain di liga bola sepak tertinggi Sarawak.

// DAPATKAN JERSI ORIGINAL KUCHING CITY FC

Selain Kuching City, kelab lain yang turut diberi lesen bola sepak kebangsaan adalah Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, Negeri Sembilan FC dan PDRM FC, manakala satu lagi kelab, Sarawak United FC, diberi lesen kelab bola sepak secara bersyarat dimana oleh MFL.

Kuching City menghabiskan musim Liga Premier di tangga ke-lima bagi musim 2021, namun merupakan pasukan yang mempunyai kedudukan ketiga tertinggi di Liga Premier di antara pasukan – pasukan yang layak ke Liga Super.