Selepas lama mendiamkan diri, kini akhirnya hadir berita berkenaan pasukan Sarawak United, dengan B Sathianathan, mantan ketua jurulatih Selangor itu, dikhabarkan akan ke kelab Sarawak United.
Sungguhpun demikian, kedudukan Sathianathan di Sarawak United masih menjadi tanda tanya dengan ketua jurulath tersebut masih berteka teki samada beliau akan dilantik sebagai ketua jurulatih atau sebagai pengarah teknikal.
Malah, Sathianathan juga tidak mengesahkan kedatangan beliau ke Sarawak United, tetapi sangguh membincangkan hal berkenaan hala tuju bola sepak Sarawak United.
Sathianathan dalam pada itu menegaskan beliau tidak berhajat ‘merampas’ tugas ketua jurulatih, dan hanya akan menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.
“Saya ada pendirian, jika pelantikan saya sebagai pengarah teknikal, maka itulah kerja saya.” kepada Astro Arena.
“Kalau Sarawak United suruh saya ambil tempat E. Elavarasan (jurulatih semasa) sekalipun saya tidak akan ambil.
“Itu bukan prinsip saya, dalam masa sama saya akan bantu (pasukan),” katanya dalam temu bual dengan Astro Arena.
Sathianathan pernah dikaitkan dengan Sarawak United awal bulan ini tadi, tetapi beliau telah menolak sebarang khabar bahawa beliau akan dilantik menggantikan E. Elavarasan.