Kebanyakan pasukan Liga Malaysia kini sudah memulakan sesi latihan bagi meneruskan kancah Liga Malaysia.

Khabar yang didengari adalah Liga Malaysia mungkin akan diteruskan seawal bulan Ogos kelak.

Biarpun demikian, Pengurus Pasukan Sarawak United FC, Afiq Fikri Brahim melahirkan kemahuan Liga Malaysia bersambung pada bulan September.

Agiq yang ditemuramah oeh TV Sarawak pada Ahad lalu ketika pasukan Sarawak United membuat ujian saringan Covid-19 menyatakan bahawa memulakan liga pada September akan memberkan pasukan beliau cukup masa untuk bersedia.

Beliau turut mengibaratkan penyambungan Liga Malaysia seperti persediaan pra-musim dengan pemain perlu masa untuk bersatu dengan pasukan.

“Secara peribadi saya berharap ia (Liga Malaysia) akan dimulakan pada bulan September.” kata Afiq kepada TV Sarawak.

“Ini memberi ruang kepada kita untuk bersedia kerana kita sedia maklum bahawa selepas rehat tiga hingga empat bulan, ianya kini seperti kita memulakan liga kembali. Ianya seperti pra-musim kembali.

“Jadi kita memerlukan sedikit ruang untuk bersatu kembali dengan pasukan kerana kita faham bahawa mereka mengadakan latihan individu, namun ianya tidak sama seperti latihan dengan pasukan.” ulas Afiq lagi.

Anda boleh menyaksikan temuramah penuh tersebut di dalam video di bawah.