Jenama sukan JOMA dikhabarakan kekal sebagai jenama jersi pasukan Sarawak United FC untuk musim akan datang.

Menurut khabar yang kami dengari, pihak JOMA di Semenanjung Malaysia telah siap sedia dengan rekaan jersi untuk pasukan Sarawak United untuk musim baharu, dan kini hanya menunggu isyarat dari pihak pengurusan Sarawak United untuk tarikh pelancaran jersi baharu pasukan tersebut.

Kami difahamkan, jersi baharu pasukan tersebut akan menggunakan logo Sarawak United, dan tidak lagi menggunakan logo Persatuan Bolaseapak Sarawak sebelum tahun sebelum ini.

Dalam pada itu, warna jersi utama pasukan Sarawak United juga akan dikekalkan dengan warna merah.

Sungguhpun demikian, khabar berkenaan rekaan jersi Sarawak United ini hanya perkhabaran liar buat masa ini dan pihak kami tidak dapat mengesahkan samada ianya mempunyai sebarang kebenaran.

Walaubagaimanapun, jika rekaan JOMA untuk kelab – kelab Malaysia dijadikan ukuran, termasuk juga rekaan jersi Sarawak United pada musim lepas, pihak kami agak pasti bahawa rekaan musim ini pasti menarik.

Ini adalah ekoran rekaan jersi musim lepas yang kami anggap antara rekaan tercantik bagi jersi sebuah pasukan di Malaysia setakat ini.

Jersi Sarawak United bagi musim 2021 dalam pada itu dianggarkan akan dilancarkan pada bulan Februari 2021, selepas Tahun Baru Cina.

Jika anda ingin membeli jersi Sarawak Unitd secara atas talian, anda boleh ke www.thekedey.com.