Kelab bola sepak Sarawak United telah banyak mendiamkan diri selepas gagal mara ke Piala Malaysia namun terbaharu, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa pasukan yang dimiliki Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) itu sedang mencari ketua jurulatih baharu bagi menggantikan E Elavarasan.

Status Elavarasan buat masa ini tidak diketahui memandangkan tiada berita rasmi perkembangan terbaharu disebut daripada kem pasukan tersebut.

Dalam pada itu, satu nama besar telah dikaitkan dengan Sarawak United, yakni mantan jurulatih Selangor, B. Sathianathan.

Khabar angin tersebut telah menyebut bahawa Santhiathan bakal mengemudi Sarawak United pada musim hadapan.

Pemenang Anugerah jurulatih terbaik Kebangsaan tiga kali itu walaubagaimanapun menafikan spekulasi beliau akan ke Sarawak United dalam temubual bersama NADI Arena.

Jurulatih berpengalaman itu dilaporkan NADI ARena sebagai mengatakan bahawa perbincangan dengan Sarawak United tidak melibatkan masa depannya, dan beliau masih terbuka untuk menyertai mana – mana pasukan yang berminat.

Persoalannya kini adalah adakan Elavarasen masih akan bersama Sarawak musim hadapan, atau adakah Sarawak United akan bakal berwajah baharu lagi?