Home BERITA BOLASEPAK Sarawak United diterima ke Liga M3, sepak mula pada Februari 2023

Sarawak United diterima ke Liga M3, sepak mula pada Februari 2023

Kelab bola sepak Sarawak United kini sah bergelar pasukan Liga M3 selepas Amateur Football League (AFL) mengesahkan menerima penyertaan kelab bola sepak tersebut dalam liga bola sepak separuh profesional itu.

Menurut siaran media AFL, sebanyak 14 pasukan kini telah mengesahkan penyertaan mereka untuk berentap merebut kejuaraan Liga M3 Musim 2023, dengan dua lagi pasukan masih yang belum diumumkan kini berada di ‘Standby List’ dan diberikan lanjutan masa untuk menyelesaikan beberapa perkara penting dalam memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan untuk bermain di Liga M3.

AFL dalam kenyataan sama berkata bahawa pengumuman tambahan dua pasukan tersebut akan dibuat selepas dan jika mereka berjaya melepasi proses pengesahan dalam waktu terdekat.

14 pasukan yang disahkan menyertai Liga M3 2023 adalah seperti berikut:

1. Armed Forces F.C
2. Bukit Tambun Football Club
3. Harini FT
4. Imigresen Football Club
5. Kinabalu Jaguar FC
6. BRM FC Kuala Kangsar
7. klrovers
8. Malaysia University
9. Manjung City FC
10. Ultimate FC
11. Perlis United FC
12. PIB Football Club
13. Sarawak United FC Official
14. Melaka Football Club

Daripada senarai itu, dua pasukan merupakan pasukan daripada Borneo – Malaysia, yakni Sarawak United dengan Kinabalu Jaguar FC.

Sarawak United merupakan pasukan yang bertapak di Sarawak, dan Kinabalu Jaguar pula adalah pasukan dari Sabah.

Dalam pada masa sama, pasukan Melaka United, Sarawak United, dan Armed Forces (ATM) merupakan bekas pasukan Liga Super Malaysia.

Liga M3 dijangka akan membuat sepak mula pada Februari 2023 kelak.

Previous articleSabah mahu ‘pemain berkualiti’ untuk 2023
Next articleKedah sambar pemain kelahiran Sarawak