11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemain dan pegawai Kelab bola sepak Sarawak United telah menerima tiga pencalonan untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.

Pencalonan di bawah kelab tersebut adalah untuk Jurulatih Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Import Terbaik.

SHOPEE

Mereka yang tercalon adalah ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan, penjaga gol, Sharbinee Allawee dan penyerang sensasi kelab tersebut, Uche Agba.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 mempertandingkan anugerah untuk 16 kategori iaitu Kasut Emas 2021, Penjaring Terbanyak Liga Super 2021, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021, Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021, Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pasukan Terbaik, Anugerah Fair Play, Fan XI dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

Seramai 403 daripada 843 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK21 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori.

Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

Pemenang akan ditentukan melalui keputusan undian yang akan dibuat oleh 23 ketua jurulatih, 23 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 23 wakil media bermula hari ini 19 November 2021 sehingga 21 November 2021 lepas.

Dalam pada itu, pemenang Penjaring Terbanyak Liga Super 2021 ialah Ifedayo Omosuyi yang meledak 26 Gol bersama Selangor FC, dengan Baddrol Bakhtiar yang mengumpul 7 gol bersama Kedah Darul Aman FC, akan menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021.

Fernando Rodriguez (Johor Darul Ta’zim II) dan Jordan Mintah (Terengganu FC II) yang menghasilkan 16 gol masing-masing dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021.

Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021 dengan ledakan 9 gol.

Malaysian Football League (MFL) dalam pada itu telah mengumumkan bahawa Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 bakal berlangsung pada 4 Disember 2021, Sabtu secara virtual di Studio Spacelabs Technology, Bukit Jalil.