LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab Liga Premier Kuching City akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi pasukan Piala Presiden kelab pada 10 Disember 2021.

Dalam satu kenyataan ringkas, kelab tersebut menjemput semua pemain bola sepak yang lahir pada tahun 2002 dan ke atas untuk hadir pada sesi pemilihan yang akan diadakan di Stadium Mukah.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Antara kriteria terbaru kepada pemilihan pemain kali ini adalah keperluan pemain tersebut melengkapkan dua dos Covid-19 dan mempunyai status MySejahtera ‘Low risk’.

Jika terpilih, potensi pemain muda yang terpilih dilihat boleh berkembang dengan baik memandangkan kelab Kuching City telah beberapa kali menyatakan mereka ingin membangunkan pemain kelahiran Sarawak supaya pemain tersebut boleh bermain di Liga Malaysia.

Keputusan pengurusan tersebut membawa masuk Irfan Bakti dan Sulaiman, kedua – duanya jurulatih yang gemar mengetengahkan pemain muda, dilihat selari terhadap hasrat kelab muda itu.

Anda boleh melihat notis pemilihan pemain dari kelab tersebut di bawah.