Pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah lampu limpah di Stadium Negeri menjadi punca utama mengapa Sarawak FA akan terpaksa bermain pada sebelah petang pada musim ini.
Mengibaratkan masalah itu sebagai ‘langkah sementara’, Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan telah dipetik oleh akhbar Utusan Sarawak sebagai berkata masalah itu akan diselesaikan apabila pihak Perbadanan Stadium Negeri Sarawak (PSNS) mengambil langkah memperbaiki lampu limpah yang rosak.
Sungguhpun demikian, kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenaan isu masalah lampu limpah di Stadium Selayang yang dihadapi pasukan Selangor pada hari ini menarik minat kami.
Ini adalah kerana menurut baginda, “Adalah menjadi tanggungjawab pasukan Selangor untuk menaik taraf lampu limpah tersebut bagi mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh FMLLP agar boleh beraksi di waktu malam.”
Kenyataan baginda memberi indikasi bahawa pasukan bertanding di dalam Liga Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menaik taraf kemudahan agar mengikut spesifikasi yang ditetapkan, dan bukannya pihak yang memiliki stadium tersebut, yakni dalam kes Selangor, Majlis Perbandaran Selayang.
Situasi Selangor FA dan Stadium Selayang mempunyai persamaan dengan pasukan Sarawak FA dan Stadium Negeri, dimana kedua-dua pasukan tidak memiliki stadium yang mereka hendak gunakan untuk Liga Malaysia, dimana stadium tersebut diuruskan oleb pihak ketiga.
Oleh itu, jika kenyataan Tunku Ismail digunapakai keatas situasi pasukan Sarawak FA, maka ianya secara tidak langsung meletakkan pihak FAS sebagai persatuan yang perlu memperbaiki pencahayaan di Stadium Negeri kerana pasukan bolasepak di bawah naungannya yang perlu mematuhi peraturan Liga Malaysia yang ditetapkan oleh pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
Sungguhpun demikian, dengan pihak FAS memberi kenyataan bahawa mereka menunggu pihak PSNS memperbaiki pencahayaan, adalah menjadi tanda tanya siapakah yang kini harus memikul tanggungjawab memperbaiki kemudahan di gelanggang perlawanan milik Sarawak FA, khususnya dengan FAS kini sudah ‘lebih kurang’ beribu pejabat di Stadium Negeri.
//Sokonglah usaha kami membawakan berita berkenaan bolasepak Sarawak dengan membeli jersi Tribal kami.

RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Mereka & keluarga mereka
Main stadium SARAWAK..
Stadium Sarawak cuma utk Sukma, lepas habis Sukma jadi gajah putih…
stdm Sarawak bkn milik FAS.. boleh bayar sewa ke?? stdm negeri pun perbadanan stdm sarawak yang bagi
Dah nak start liga alu rosak sport light… Knk berbulan sikda liga sik dicek ato diselenggara????
Salah spotlight.. Dah tau nak main, bikin mslh juak 😂😂😂
Mbak torchlight dirik pun jak
Encik Bungap Anak Empangup nyalah Chris, Chris nyalah Azman, Azman nyalah Mac, Mac nyalah Linda, Linda madah Hanim xmolah kerja, Hanim jawab “muka aku kedak technician lampu ka?”, Hanim madah Seman salah, Seman madah tukang kebun ya salah, tukang kebun madah “aku ney tauk sapa nyimpan lampu ya”, ……
Hahahhaa…
Biasa la pok,semua x mok bertanggungjwb,tkut knak antam oleh rayat.Barangkali salah Ahmad Maslan…hahahaa
Yang pasti bukan masalah kami
Masalah rakyat
SSC
Masalah negara
dulu kita bangga ada stadium baru..stadium sarawak.sakarang nak pakai stadium sarawak nak bayar brapa sewa?tidak boleh salahkan sesiapa soal bajet..semuanya bagantung kapada tajaan..harap pasukan kita akan tetap terus dapat bersaing.buktikan kita boleh.
Contohilah pengurusan Stadium Larkin/JDT..masa liga berehat,masa itulah kerja2 penambahbaikan dilakukan…
ya…betul..saya stuju..lagipun liga barehat panjang bila musim habis..
Fas buat malu negeri sarawak. Masalah mentol di stadium sik dpt beli dan tukar dan sik da suit bayar kren angkat orang naik.
Salah pan borneo, sbb habis lampu limpah diguna untuk jd flipping light
Makin lamak makin bodo & babo…..dah makin uzur jdi perlu masok kubur…
masalah penyokong. sikpa salah jk. semua salah penyokong. sik jaga langsung sidak fas tok dgn apa dimaok penyokong sarawak.
Nunggu nak rebuk jak agik fas ya..fail to plan or plan to fail?dengar kata mcm keduak2 nya sekali!sampey bila bol sarawak tok mok di urus oleh org yg main lepas batok di tanggak? Jgn nyalah org lain sbb skrip ya dah dipakey berkali2..nok nyalah state dah beratus juta diberik ngan fas masih juak sikpat nok independent.makin lamak makin terok quality atas padang dan dlm bilik pengurusan.tukar management btol tukar bulu ajak tp org dlm ya masih sama olahan!paloi sikpat ditulong agik….
FASb….
Masalah tok ttp masalah dato posa…. Siapa pengurus, nya harus Di salahkah… Hahahaha
Ada juak
Dh macam najib n mat maslan dh jawapan ya. Hahahahahahahhahahaa
Bukan perkara baru lampu limpah ni. …
Masalahnya adalah Penyokong !!!
Sebab Penyokong tak berani lawan wakil Politik yang berkuasa dan salah guna kuasa dalam Pejabat Belia & Sukan dan juga Perangai Wakil Rakyat dan ketua Pegawai² main Politik jadi masalah Terlampau dalam memajukan Sukan. Rakyat² Hidup Seperti Pengemis, Wakil Politik baru dapat guna cara² untuk jadi mereka senang & Kaya.
Rakyat² bising buat apa, Itu adalah pilihan mereka sendiri. Ha. Ha.
Hidup Penyokong dan Majulah Sukan !!
FAS banyak utang dengan stadium , terpaksa main ptg sik mahal sewa .
Stadium sarawak.x pat pakei kh