Home Malaysian football Selangor FA hampir pasti tidak dapat gunakan Stadium Bukit Jalil

Selangor FA hampir pasti tidak dapat gunakan Stadium Bukit Jalil

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini menghalang pihak Selangor FA daripada menggunakan Stadium Bukit Jalil sebagai venue tetapnya pada musim 2018.

Tunku Ismail dalam kenyataan rasmi di laman Facebook FAM mengatakan bahawa jika Selangor FA menggunakan stadium tersebut, pindaan terpaksa dibuat terhadap acara-acara yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil, dan baginda tidak mahu pihak FMLLP dipersalahkan sekiranya wujud perubahan penjadualan ekoran perkara tersebut.

Tunku Ibrahim dalam pada itu menyatakan bahawa “Selangor tidak boleh memberi alasan yang Stadium Selayang tidak boleh diguna pakai hanya disebabkan oleh lampu limpah yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan FMLLP” dengan beliau menambah ianya “Adalah menjadi tanggungjawab pasukan Selangor untuk menaik taraf lampu limpah tersebut bagi mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh FMLLP“.

Dalam pada itu, pasukan Selangor FA dilihat kini mempunyai masalah mencari venue sesuai untuk perlawanan musim 2018 kerana Stadium Shah Alam yang biasanya menjadi ‘rumah’ kepada pasukan Gergasi Merah itu kini digunakan oleh PKNS FC manakala kekangan kewangan juga akan menjadi satu masalah bagi membolehkan Selangor menaik taraf lampu limpah Stadium Selayang.

Jika keadaan ini berterusan, Selangor FA mungkin akan bermain pada sebelah petang bagi perlawanan mereka musim ini.

RECOMENDED LINKS: