Home Malaysian football Sarawak kekal di Liga Super untuk musim 2017

Sarawak kekal di Liga Super untuk musim 2017

Sarawak sah kekal di Liga Super malam ini selepas berjaya menewaskan PDRM 2-1 di Stadium Negeri malam ini.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan bimbingan David Usop mengutip 24 mata untuk selesa di kedudukan kelapan Liga Super,sekaligus memastikan mereka terus kekal di liga bolasepak terbaik Malaysia untuk musim hadapan.

Turut mengiringi Sarawak kekal di Liga Super pada musim hadapan adalah pasukan Pulau Pinang yang berjaya menewaskan Terengganu di Stadium Bandaraya.

Kemenangan Pulau Pinang bermakna kedua-dua pasukan yang tewas hari ini, yakni PDRM dan Terengganu, akan bermain di Liga Premier pada musim hadapan dimana tempat mereka bakal digantikan oleh Melaka United, dan Selangor PKNS.

Previous articleLiga Super: Shamie’s wonder goal sinks PDRM
Next articleDatuk Hanifah likely named FAS new president 

77 COMMENTS

  1. Harap FAS ambil Pemain Pemain dari Negeri sarawak yang ada semangat kenegerian yang tinggi dan tiga import luar Negara Untuk Bermain Pada Liga super tahun Dpan jangan ambil Pemain dari semenanjung Malaysia yang beriman sambil lewa menghabiskan beras sahaja

Comments are closed.