Home Malaysian football Rasmi: Mat Yo ke Sarawak United

Rasmi: Mat Yo ke Sarawak United

Rahsia suda diketahui apabila laman web VocketFC mendedahkan bahawa Norshahrul Idlan Talaha, atau lebih dikenali sebagai Mat Yo akan ke Sarawak United.

Menurut laporan laman tersebut Norshahrul itu dijangka akan pulang ke tanah air pada hujung bulan Disember ini untuk melengkapkan perpindahan dari BG Pathum United ke Sarawak United.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa ejen Norshahrul, Wan Mohd Anwari dari Marquee Sports Management (MSM), Norshahrul mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak beliau bersama pasukan Sarawak United.

Anwari juga merupakan ejen sama yang menguruskan perjalanan karier Norshahrul selepas ‘isu panas’ di Thailand awal tahun ini.

Biarpun berusia 34 tahun musim ini, Norshahrul masih dianggap antara pemain terbaik di Malaysia.

Beliau mencipta nama pada tahun 2010 – 2012 apabila menjaringkan 36 gol apabila bersama Kelantan FA, dan rekod 14 gol bersama pasukan kebangsaan menjadikan beliau antara pemain bahagian serangan yang digeruni.

Norshahrul sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Sarawak pada musim – musim sudah, namun kini, akhirnya khabar tersebut akan menjadi realiti.

 

 

RECOMENDED LINKS: