Setiap musim, pasukan bola sepak akan mengeluarkan jersi paling menarik di Liga Malaysia bagi musim bola sepak yang baharu.
Jersi, ibarat lambang pasukan dan jersi yang menarik sudah pasti akan membuat peminat teruja.
Sungguhpun kebanyakan jersi adalah menarik dan cantik dalam gaya tersendiri, di sini kami senaraikan lima jersi yang kami rasakan paling menarik untuk musim 2020 Liga Malaysia.
5JERSI KE-3 TERENGGANU FC [AL]

Jersi ketiga Terengganu FC rekaan Al Ikhsan Sports (AL) menarik pada kami kerana ianya berlainan dari jersi lain pasukan – pasukan Liga Malaysia.
Manipulasi garisan dan warna biru bijak dilakukan oleh pereka grafik AL, yang mana membuatkan jersi minimalis ini tampak ringkas, tetapi cukup bergaya.
Tambahan warna kuning dan merah memberi gaya kelainan pada jersi ini, dan susunan jenama pada jersi ini membuatkan ianya nampak sangat menarik.