Sarawak United FC belum selesai menambah bilangan pemainnya apabila dikhabarkan bekas pemain kebangsaan, Reuben Thayaparan a/l Kathiripillai, atau lebih dikenali sebagai K. Reuben, telah diambil sebagai salah seorang pemain kelab tersebut.

Berita pengambilan Reuben telah heboh di media sosial, dengan ramai laman bola sepak berkaitan Sarawak United mengesahkan perpindahan pemain tersebut ke pasukan Kenyalang Emas.

Reuben paling menyerlah ketika musim 2012 – 2015 ketika beliau bersama ATM FA.

Pada ketika itu, pemain tengah itu juga telah mewakili Malaysia, dan berjaya memenangi Liga Premier dan Piala Sumbangsih.

Setelah meniggalkan ATM FA, Reuben telah berkelana ke PDRM FA, Pulau Pinang FA, PKNS FC dan akhirnya UKM FC, sebelum dikhabarkan kini ke Sarawak United.

Pemain pertahanan kental ini kini berumur 30 tahun, dan jika benar beliau ke Sarawak United, kehadiran beliau dijangka akan memperkuatkan lagi barisan pertahanan kelab tersebut bagi musim 2021.