PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Biarpun dikenakan tindakan tatatertib digantung selama 12 bulan, ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan, tidak perlu menjalani hukuman tersebut.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 yang diadakan secara dalam talian pada Jumaat, 17 September 2021 telah mencapai keputusan untuk menggantung Elavarasan, selama 12 bulan berkuatkuasa mulai 17 September 2021 sehingga 16 September 2022.

Promosi RM1

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa juga pada masa sama telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana hukuman penggantungan tersebut adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pegawai ini selama 12 bulan.

// JERSI HITAM SARAWAK UNITED MURAH

Selain itu, Elavarasan turut didenda RM10,000 kerana kesalahan membuat kenyataan semasa temu ramah selepas perlawanan berhubung isu yang melibatkan FAM tanpa kebenaran.

Menurut justifikasi FAM, kenyataan Elavarasan semasa temu ramah yang dibuat Elavarasan secara terus atau secara innuendo boleh memberikan impak yang negatif ke atas nama baik dan reputasi FAM selain daripada mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM (kepengadilan) atau pengelolaan Liga Malaysia pada perlawanan Liga Premier 2021.

Jika Elavarasan melakukan kesalahan yang samadalam tempoh 12 bulan selepas penangguhan penggantungan, maka hukuman penggantungan 12 bulan tersebut akan dikuat kuasakan serta-merta terhadap beliau.

Selain daripada penggantungan dan denda RM10,000, Elavarasan juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Elavarasan telah membuat komen berhubung keputusan pengadil pada perlawanan Sarawak United FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September 2021 apabila beliau mempertikaikan keputusan pengadil membenarkan jaringan kemenangan Negeri Sembilan dibenarkan.

Keputusan FAM menangguhkan hukuman penggantungan Elavarasan bermakna beliau masih boleh mengemudi Sarawak United sehingga akhir musim dan di Piala Malaysia kelak.