Sumber dipercayai oleh SarawakCrocs.com hari ini memaklumkan kepada kami bahawa berita berkenaan kedatangan Fakri Saarani ke Kuching bagi membuat rundingan berkenaan kontrak beliau bersama Sarawak adalah tidak benar.
Mengikut sumber kami, Fakri kini berada di Kota Bharu dan beliau telah menyertai latihan bersama skuad Kelantan hari ini juga. Gambar diatas juga telah dimuat naik oleh laman Facebook TrwFC-Info dengan mengatakan gambar diambil semasa sesi latihan hari ini.
Petang tadi telah dikhabarkan oleh page bolasepak Shoot Sampe Bisak Net Tiang Gol Ya (SSBNTGY) bahawa penyerang kebangsaan tersebut telah berada di Kuching dengan tujuan berunding dengan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Di dalam ruangan komen, SSBNTGY juga turut mengesahkan Fakri sedang berunding berkenaan kontrak dengan pihak pengurusan FAS.
Seorang peminat dari Kelantan telah juga memaklumkan kepada kami bahawa adalah agak mustahil Fakri akan ke Kuching kini memandangkan Kelantan bakal bertemu T-Team di dalam kancah Piala Malaysia.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
[…] sumber kami, sungguhpun berita ini dinafikan apabila ianya dihebahkan baru-baru ini, ianya telah mendapat nafas baru apabila pihak Kelantan FA tidak menyenaraikan Ahmad Fakri sebagai […]