Bobby Gonzales bukan nama asing dalam bola sepak Sarawak, namun kehebatan beliau untuk pasukan selain Sarawak FA, jarang menjadi sebutan kerana beliau dilihat paling menyerlah apabila mewakli Bujang Senang pada masa lampau.

Beliau yang kini berumur 37 tahun sememangnya bukanlah antara pemain muda lagi dan boleh dianggap pemain veteran.

Sungguhpun demikian Sabah FC kini nyata memerlukan khidmat beliau apabila mereka menyatakan mahu menggunakan anak jati Sabah itu sebagai senjata rahsia mereka dalam perlawanan – perlawanan Liga Malaysia.

Ketua Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto memberitahu media bahawa beliau sememangnya tahu akan Bobby sangat merbahaya dalam kotak penalti, dan beliau telahpun berbincang dengan Bobby berkenaan hal ini.

Menurut jurulath tersebut, Bobby telah diberitahu bahawa beliau tidak diharapkan bermain 90 minit, tetapi akan digunakan sebagai senjata rahsia pasukan tersebut pada minit – minit terakhir perlawanan.

“Buat saya 15 minit yang dia mainkan luar biasa. Saya tahu Bobby sangat bahaya dalam kawasan penalti.” kata Kurniawan selepas perlawanan menentang Selangor tempoh hari.

“Saya selalu katakan kepada dia saya tidak mengharapkan dia bermain 90 minit, tetapi bagi saya kamu main 10 minit, 20 minit, dan asalkan kamu bermain dengan bersungguh – sungguh dan kamu manjaringkan gol dan itu cukup untuk kami.

“Ini telah dia buktikan melalui dua jaringan dalam dua perlawanan dimana dia dimasukkan hanya untuk 10 minit, 15 minit.

“Bagi kami Bobby adalah satu super sub yang akan menjadi senjata kami.” ulas Kurniawan lagi.