Pengeluaran Amri Yahyah dari pasukan Sabah FC pada babak kedua perlawanan menentang Selangor FC mendapat reaksi agak negatif dari peminat yang mana menyatakan bahawa keputusan tersebut antara penyebab prestasi Sabah dilihat kurang memberangsangkan pada babak kedua.

Turut bersetuju dengan pendapat peminat adalah Ketua Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto yang mana menjelaskan bahawa beliau sebenarnya telah berbincang dengan Amri berkenaan perlawanan itu dimana Amri telah bersetuju bermain dengan bersungguh – sungguh bagi kelab yang diwakilinya.

“Saya hormat sekali dengan Amri dan kita sudah berbincang dengan Amri dan menyatakan kepada dia bahawa ini kesempatan untuk dia menunjukkan siapa diri dia yang sebenar, dan Amri pun berjanji akan bermain bersungguh – sugguh dan dia buktikan.” kata Kurniawan selepas perlawanan.

Sungguhpun demikian, Kurniawan menjelaskan bahawa pengeluaran Amri terpaksa dilakukan kerana Amri telah mengaami sedikit kecederaan.

“Tetapi sayangnya, dia cedera dan kita terpaksa keluarkan.” jelas Kurniawan.

Amri pada malam Sabtu lalu telah berjaya menjaringkan gol pembukaan pasukan Sabah, dan telah dilihat sebagai antara penyerang paling aktif dan berbisa dari pasukan Sabah.

Sungguhpun demikian, beliau telah dikeluarkan pada babak kedua jentera serangan Sabah kelihatan agak tumpul selepas itu.