PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim dalam wawancara Bola@mamak telah menasihati pasukan – pasukan yang memiliki pengurusan baharu supaya tidak berbangga dengan kejayaan lepas yang dibawakan pengurusan lama.

Beliau dalam mengakhiri wawancara tersebut menasihati pihak pengurusan kelab – kelab kini supaya sentiasa menghormati pihak pengurusan lama.

Promosi RM1

Di samping itu, Tunku Ismail juga menasihati pihak pengurusan kelab agar tidak membuat penyokong kelab masing – masing dengan janji dan perspektif yang palsu.

// LIHAT PROMOSI JERSI JDT TERKINI

“Jangan tipu penyokong, berterus terang, jangan buai penyokong dengan harapan palsu, dan hormat pengurusan lama.” kata Tunku Ismail dalam wawancara bola@mamak.

“Walau apa pun, kenang jasa mereka (pengurusan lama).

“Jangan perburukkan mereka selepas itu ‘claim’ kejayaan mereka.

“Ingatlah anda belum ada kejayaan lagi.” kata Tunku Ismail lagi.

Tungku Ismail adalah individu yang yang amat disegani dalam bola sepak Malaysia dan merupakan mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Baginda juga merupakan pemilik kelab JDT FC yang merupakan juara Liga Super untuk lapan tahun berturut – turut.