Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kelmarin mengumumkan kemasukan penaja terbaharu mereka.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Sarawak penaja terbaharu adalah Fanskick.com

Fanskick.com yang lebih terkenal melalui aplikasi bolasepaknya, akan menaja penggunaan “Statistic Tools” atau Peralatan Statistik untuk Persatuan Bolasepak Sarawak.

Adalah difahamkan bahawa peralatan statistik ini merupakan satu sistem data yang menyediakan data dan statistik berhubung pasukan dan pemain secara terperinci.

Liga Fantasi

Data tersebut boleh digunapakai oleh pihak FAS untuk membuat analisis pemain dan pasukan yang di bawah naungan Liga Malaysia.

Majlis simbolik penyerahan tajaan kelmarin telah disertai Ketua Pegawai Eksekutif Fanskick.com, Farouk Mustaffa, Naib Presiden FAS, Razali Dolhan, Setiausaha Agung FAS, Jeffery Lana, Pengurus Besar dan Setiausaha Fanskick.com , Ramesh Ram dan Nazri Ahmad serta ketua jurulatih FAS, Ian Gillan.

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE