PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan – pasukan Liga Malaysia telah dinasihatkan agar tidak meniru JDT sekiranya mereka tidak berkemampuan.

Dalam wawancara bola@mamak, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menyentuh dengan menarik berkenaan penswastaan kelab bola sepak di Malaysia.

Promosi RM1

Beliau berkata tidak semua pasukan di Malaysia kini diswastakan sepenuhnya kerana mereka hanya diswastakan di atas kertas, namun masih menggunakan dana daripada kerajaan untuk berfungsi.

// LIHAT PROMOSI JERSI BLACKEN JDT FC

“Bukan senang untuk mana – mana individu menjaga kelab sebab kewangan. Banyak juga yang tunjuk mereka dah diswastakan, tetapi masih 100% duit kerajaan. Itu bukan penswastaan kelab. Itu masih ada penglibatan politik.” kata Tunku Ismail dalam wawancara bola@mamak.

“Kalau nak swastakan, swastakan 100 peratus” ujar Tunku Ismail lagi.

TMJ juga meminta pasukan yang cuba meniru JDT untuk berterus terang dengan penyokong masing – masing khususnya dalam hal kewangan.

Beliau menasihati pemilik kelab untuk berterus terang dengan penyokong berkenaan situasi kelab tersebut, dan tidak memberi gambaran palsu kepada peminat kelab tersebut.

Disamping itu, Tunku Ismail juga menasihati kelab – kelab tersebut agar tidak memberi janji manis kepada penyokong mereka, serta tidak mempergunakan laman – laman tidak rasmi untuk menagih simpati penyokong bagi membandingkan pencapaian pengurusan baharu dengan pengurusan lama.

“Sebagai presiden. pemilik atau CEO, anda harus berterus terang dengan penyokong masing – masing.

“Jangan memberi gambaran kelab anda memiliki sesuatu sedangkan anda masih bergantung dengan duit kerajaan seratus peratus. Itu bukan swasta.

“Jadi berterus terang dengan penyokong.

“Jangan buai penyokng dengan dengan janji – janji manis, lepas tu bayar laman – laman (page – page) unofficial supaya sokong kelab.” kata Tunku Ismail lagi.