Tanigawa kembali ke Kuching City

Kelab Liga Premier telah mengsahkan mereka akan memperkuatkan barisan pemainnya dengan Yuki Tanigawa pada musim hadapan.

Tanigawa yang pernah beraksi dengan Kuching City sebelum ini, merupakan pemain di Kelantan united pada musim 2021.

Menurut laporan media tempatan, kemasukan Tanigawa disahkan sendiri Ketua Jurulatih Kuching City Irfan Bakti Abu Salim yang memaklumkan bahawa pemain kelahiran Jepun itu akan menyertai kem latihan Kuching City seawal bulan Januari 2022.

Tanigawa adalah pemain pertahanan berumur 24 tahun.

Beliau dibawa masuk selepas Kuching City menandatangani Yuta Suzuki pada 2019, dengan Tanigawa dibawa masuk pada tahun berikutnya melalui kerjasama kelab tersebut dengan jenama minuman Yakult.

Pada tahun 2020, Tanigawa telah berhijrah ke Kelantan United bersama ketua jurulatih Kuching City pada masa itu, Akira HaHigashiyama.

Kemasukan semula Tanigawa bermaksud Kuching City kini sudah mengesahkan tiga pemain baharu dalam kelab tersebut yakni Mohamad Hidhir (Kedah Darul Aman), Saiful Wazizi (Sarawak United) dan kini, Tanigawa.

Dua lagi pemain import dari Sweden juga dijangka menyertai Sarawak United namun kemasukan mereka masih diletak sebagai belum disahkan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top