LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Kuching FA menerima tiga import dari Jepun secara percuma.

Menurut laporan TV Sarawak, dua pemain import, Yuta Suzuki dan Yuki Tanigawa adalah pemain bagi pasukan Kuching FA, manakala satu lagi, Akira Higashiyama adalah jurulatih teknikal.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Akira juga merupakan pemain bola sepak yang memiliki lesen kejurulatihan.

Kesemua pemain individu tersebut lapor TV Sarawak, adalah ditaja oleh Yakult Malaysia.

Carian kami untuk maklumat berkenaan Yuki Tanigawa walaubagaimanapun gagal membuahkan hasil dan oleh itu kami tidak dapat memberi banyak maklumbalas berkenaan pemain terbaharu pasukan Kuching itu.

Dalam perkembangan sama, Kuching FA kini sudah memiliki empat pemain import dengan pasukan tersebut juga dikhabarkan juga telah mengambil Leonardo Pasos Alves.

Pemain Brazil itu bermain sebagai penyerang, dan berkemungkinan akan digandingkan dengan rakan senegaranya Hudson Dias.

Hudson Dias yang ditawarkan sebagai pemain import kelima untuk Kuching FA oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais baru-baru ini.

Sungguhpun demikian, status Hudson masih menjadi tanda tanya walaupun beliau dilihat kini telahpun mengikuti sesi latihan pasukan Kuching FA.