LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Kuching City telah membawa masuk pemain Kedah Darul Aman , Mohammad Hidhir bin Idris.

Pemain berumur 24 tahun itu akan dipinjamkan kepada pasukan Kuching City bagi musim 2022, dengan pasukan The Cats dijangka menggunakan pengalamannya bermain bersama Kedah Darul Aman dan PDRM untuk memperkuatkan bahagian sayap kelab tersebut.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Hidhir adalah produk skuad Piala Presiden Kedah sejak musim 2014 dan mula berkontrak dengan pasukan utama bermula pada musim 2017.

Pada tahun 2020, beliau telash dipinjamkan ke pasukan PDRM sebelum Kedah mencapai persetujuan dengan pasukan Kuching City bagi kontrak pinjaman selama setahun.

Hidhir dikatakan mempunyai kawalan bola yang amat baik dan telah menerima banyak pujian diatas persembahan beliau sebelum ini.

Kemasukan beliau kepada pasukan The Cats dalam pada itu pasti akan memperkuatkan barisan serangan kelab tersebut yang dilihat agak mengecewakan musim lepas.

Hidhir merupakan kemasukan pemain baharu kedua bagi kelab Liga Premier Kuching City yang sebelum ini telahpun menambat penjaga gol Sarawak United, Saiful Wazizi.

>> KEYCHAIN KUCHING CITY