Bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal telah melahirkan kesediaannya untuk menggempur benteng pertahanan Selangor malam ini.

Menurut Akmal dalam satu temubual ringkas di Twitter, beliau berharap dipilih untuk bermain malam ini, sambil menyatakan beliau tidak cedera seperti dilaporkan.

Tambahnya, beliau amat berharap peminat akan memberikan sokongan yang terbaik seperti sebelumnya dan berjanji bahawa beliau bersama pemain-pemain Sarawak yang lain akan memberikan persembahan terbaik mereka apabila bertemu Selangor malam ini.

Akmal berkemungkinan bakal diturunkan Robert Albert selepas timbul berita bahawa kelibat Ryan Griffith dan Hassan Mohamad mungkin tidak dapat bermain akibat ketiadaan ID pemain.

Dapatkan mafla original (disertakan tag rasmi) SarawakCrocs di http://goo.gl/zXgXC8. Stok adalah terhad.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey