LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Isu tunggakkan gaji Sarawak United kini dianggap telah selesai selepas Malaysia Football League (MFL) didakwa mengesahkan bahawa kelab tersebut telahpun membuat bayaran semua tunggakan gaji.

Menurut laporan akhbar New Straits Times, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, pihaknya telah menerima bukti pembayaran dari kelab, dan mereka kini hanya menunggu penyata rasmi yang dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Ini sekaligus bermakna, kedudukan kelab tersebut di Liga Super pada musim hadapan adalah selamat, dengan pasukan Kenyalang Emas itu boleh beraksi di Liga Super tanpa sebarang kekangan memandangkan kelab tersebut kini boleh memperolehi lesen kelab bola sepak kebangsaan penuh.

>> KUMPUL VOUCHER DISKAUN SHOPEE UNTUK JANUARI 1, 2022

“Kita telah bekerjasama dengan Persatuan Pemain Bolasepak Malaysia (PFAM) dalam hal menyelesaikan masalah culas gaji ini” kata Stuart dalam artikel NST itu.

“Saya telah menerima bukti dari Sarawak United, tetapi kita menunggu penyata rasmi yang mana akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Saya gembira isu ini telah selesai. MFL sentiasa mahu memastikan gaji tidak terbayar akan dibayar.” jelas Stuart lagi.

Sarawak United sebelum ini telah didakwa gagal membayar gaji beberapa pemain dan pegawainya, dengan mantan ketua pasukannya, Taylor Regan, membuat dakwaan berat berkenaan kedudukan kewangan kelab tersebut semasa satu sesi temubual bersama Astro Arena.