Kelab bolasepak Liga Super Sri Pahang FC telah mengumumkan jersi bagi musim 2023 kelmarin dengan sesi pengenalan pemain turut diadakan pada masa sama.
Majlis serba ringkas itu menyaksikan kelab tersebut memperagakan semua pemain dan jurulatih, dalam kit baharu kelab tersebut untuk musim 2023.
Jersi Sri Pahang FC 2023
Jersi Sri Pahang bagi musim ini berjenama Hakkaclo, yang merupakan sebuah jenama tempatan yang bertapak di Selangor.
Bagi peminat Sri Pahang, jenama ini tidak asing lagi kerana kelab tersebut telahpun menggunakan jenama tempatan itu pada musim lepas.
Jersi home pasukan Sri Pahang agak ‘simple’ dengan ianya berpusatkan warna kuning dengan satu garisan bercorak di bahagian tengah yang berwarna biru.
Biarpun kelihatan ‘simple’, pada kami, kewujudan garisan tersebut dengan penggunaan collar ‘ala’ – V itu menyerlahkan jersi tersebut.
Pada bahagian tepi jersi tersebut terletak satu garisan berwarna biru.
Bagi jersi tempat lawan, atau jersi Away, Sri Pahang memilih untuk menggunakan warna biru sebagai warna utama, dengan satu garisan kuning mencorakkan jersi tersebut.
Di tepi jersi terdapat satu garisan kuning yang bagi kami menyerlahkan rekaan jersi berkenaan.
Kami kurang gemar akan ‘kotak’ biru di bahagian tengah jersi yang digunakan untuk menempatkan penaja pasukan Sri Pahang tetapi itu hanya pandangan kami sahaja.
Jersi alternatif Sri Pahang bagi kami paling menarik kerana ianya kelihatan seperti warna perak, dan hampir berkilauan seperti perak.
Di bawah pencahayaan tertentu, jersi tersebut kelihatan seperti berwarna keunguan sedikit, tetapi dibawah pencahayaan lain, ianya kelihatan seperti berwarna putih.
Anda boleh lihat rekaan jersi 2023 Sri Pahang dibawah.
Beli jersi Pahang
Harga jersi Sri Pahang tidak diumumkan pada majlis tersebut.
Sungguhpun demikian, jika harga musim sudah menjadi ukuran, ianya dijangkakan berharga sekitar RM 169.90 untu versi pemain dan RM99 untuk replika peminat.
- BELI jersi Sri Pahang FC
- BACA artikel berkenaan Sri Pahang FC
- LIHAT jersi pasukan Liga Malaysia 2023
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys