Home Malaysian football Jersi Sarawak United 2023 mula dijual

Jersi Sarawak United 2023 mula dijual

Biarpun tidak lagi bermain di Liga Super, jersi Sarawak United 2023 masih mendapat hati di kalangan peminat dengan ramai masih mengikuti dan membeli jersi pasukan berkenaan.

Pasukan yang kini berkelana di Liga M3 telah menyajikan jersi baharu musim ini mereka sebelum ini, dan kini, peminat pasukan tersebut berpeluang memiliki jersi tersebut yang kini boleh dibeli pada harga RM99.

Jersi jenama Al-Ikhsan itu menampilkan warna rasmi pasukan dengan corak ‘ala’ tribal, sekaligus membuatkannya agak berlainan dari jersi bola sepak lain di Malaysia.

Jersi putih (ketiga) juga kelihatan agak dengan gabungan warna merah, kuning dan putih yang direka dengan cara yang agak unik.

Pada bahagian hadapan jersi, penaja utama pasukan terpapang dengan beberapa ‘patch’ lain menghiasi jersi pasukan yang dimiliki Posa Majais itu.

Anda boleh lihat rekaan ketiga – tiga jersi Sarawak United 2023 di bawah, yang juga boleh diperolehi di Gaya Sports.

Kami difahanmkan bilangan jersi yang dijual kali ini amat terhad, dan ini adalah dirasakan berkemungkinan disebabkan pihak pengeluar jersi tidak begitu pasti akan sambutan terhadap jersi tersebut memandangkan kelab tersebut kini bermain di Liga M3, yang juga merupakan liga amateur.

Bagi yang mahu memiliki jersi – jersi tersebut, anda boleh terus mendapatkannya di pautan dibawah.

RECOMENDED LINKS: