Jersi Sabah FC bagi musim 2023 telah dilancarkan oleh kelab tersebut dalam satu majlis hujung minggu ini tadi.
Majlis pelancaran jersi berkenaan telah diadakan di Perkarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu dan ianya dihadiri ribuan peminat.
Antara yang menjadi tumpuan pada jersi Sabah kali ini adalah promosi jersi ‘Away’ yang bertemakan ‘Sumandak’ yang digayakan oleh Evanatie Sannie, yang merupakan Unduk Ngadau Kota Marudu 2022.
Jersi Sabah 2023
Rekaan jersi utama atau jersi home Sabah FC kali ini adalah lebih kepada warna merah dengan kolar putih.
Jersi berjenama Lotto itu dilengkapkan dengan elemen – elemen khas Sabah FC seperti yang kelihatan dalam gambar yang diperolehi daripada Al-Ikhsan dibawah.
Bagi jersi tempat lawan pula, Sabah memilih untuk menggunakan warna putih kali ini dengan lengan dan kolar berwarna biru dan putih.
Secara peribadi, saya merasakan jersi Away ini kelihatan lebih menarik berbanding jersi Home.
Ini adalah kerana ianya bukan sahaja kelihatan lebih kemas, tetapi lebih menampilkan warna warna rasmi Sabah yakni merak, putih dan biru.
Jersi penjaga gol Sabah pula mempunyai tiga variasi berlainan dan hadir dalam warna Oren, Hitam dan Hujau.
Diantara ketiga – tiga jersi tersebut, jersi penjaga gol berwarna hitam tampak menarik biarpun agak ‘simple’.
Beli Jersi Sabah FC 2023
Bagi yang berminat membeli jersi Sabah untuk musim ini, jersi pemain dijual pada RM149, dan jersi replika untuk peminat dijual pada harga RM99.
Anda boleh membeli jersi – jersi tersebut pada pautan dibawah.
- BELI Jersi home Sabah FC
- BELI jersi away Sabah FC (Sumandak)
- Baca artikel tentang Sabah FC
- Lihat jersi Liga Malaysia 2023
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys