Uche Agba tinggalkan Sarawak United untuk sertai PDRM FC

Penyerang sensasi Sarawak United pada musim 2021 dan 2022, Uche Agba, telah berhijrah ke PDRM FC.

Penyerang berusia 36 tahun itu dilaporkan akhbar The Star sebagai berasa lega kini sudah memiliki kelab selepas dua tahun bersama Sarawak United yang sering dikaitkan dengan isu culas pembayaran gaji.

“Ia merupakan musim baharu dan saya sangat memerlukan perubahan suasana selepas apa yang saya alami tahun lepas. Menyertai PDRM adalah satu peluang” kata Agba kepada The Star.

“PDRM mempunyai pasukan yang terdiri daripada pemain muda dan berpengalaman dan saya berharap akan memiliki musim yang cemerlang bersama mereka.”

“It’s a new season, and I strongly needed a change in environment and situation considering what we went through last year. Joining Police provided that opportunity,” he said.

“Police consist of youngsters and experienced players. It has been great being with the team and I’m hoping for an excellent outing this season.”

Di PDRM, Agba dijangka bergandingan dengan Bruno Suzuki.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Agba bersama PDRM dimana beliau pernah bermain bersama pasukan tersebut pada 2019 lalu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top