Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Pengiran Datu Daud Bin Pengiran Putera telah meletak jawatan dengan surat peletakan jawatan dihantar pada 8 Julai 2019.

Gambar surat peletakan jawatan beliau telah dihantar kepada SarawakCrocs.com oleh sumber yang tidak ingin dikenali.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Mengikut sumber tersebut, gambar tersebut adalah asli, namun beliau tidak mahu mendedahkan bagaimana gambar tersebut diperolehi.

Surat peletakan jawatan Datu Daud menyatakan bahawa beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden FAS berkuat kuasa serta merta.

Alasan beliau meletak jawatan adalah kerana ingin menumpukan perhatian lebih kepada perniagaan beliau yang kini sedang berkembang pesat.

Datu Daud turut menjelaskan bahawa beliau sangat percaya bahawa ada individu lain yang boleh menggantikan kedudukannya dan seterusnya membantu mengembalikan FAS ke era kegemilangan.

Mengikut minit pada surat tersebut, peletakan jawatan Datu Daud telah diterima oleh Presiden FAS, Posa Majais pada 10 Julai 2019.

Surat peletakan jawatan Datu Daud boleh anda lihat dibawah.