Kelab bola sepak Sarawak United FC malam ini menyenaraikan seorang pemain Iran untuk menentang Pulau Pinang FA malam ini.
Adalah dipercayai pemain ini adalah pemain import ketiga Sarawak United.
Maklumat ini tidak dapat disahkan buat masa ini memandangkan pihak Sarawak United atau lebih popular dengan nama SUA, dikhabarkan mahu bersikap ‘low profile’ pada musim ini.
Apapun, mengikut senarai pemain, Milad Zanidpour yang telah bermain untuk tidak kurang 15 pasukan di Iran dan Indonesia itu, telah dimasukkan sebagai pemain sayap Sarawak United dan diberikan jersi bernombor 7.
Kelab terakhir yang beliau sertai adalah UKM FC. Beliau menyertai kelab tersebut pada musim lepas.
Dengan UKM, beliau dikatakan telah menjaringkan dua gol.
Pemain kelahiran Ahvaz, Iran itu berumur 33 tahun, dan beliau juga merupakan bekas pemain kebangsaan Iran sehingga tahun 2012.
Maklumat berkenaan Milad tidak banyak diperolehi di Internet, namun beliau telah disenaraikan sebagai berjaya menjaringkan 34 gol oleh Wikipedia setakat ini.
Juga disenaraikan adalah kebolehan beliau membuat lebih 26 ‘assist’.




![[MSL] Sarawak 1-3 Terengganu: Crocs fall again in Stadium Negeri](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2014/04/Hassan-Mohad-Sarawak-vs-Terengganu.jpg?fit=768%2C512&ssl=1)