LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemilik Sarawak United, Posa Majais telah menyatakan permohonan maaf kepada penganjur perlawanan Liga Premier di antara Negeri Sembilan menentang Sarawak United, yang mana berakhir dengan beberapa insiden tidak menyenangkan tempoh hari.

Permohonan maaf itu ditujukan kepada Malaysia Football League (MFL), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak – pihak yang terlibat dalam penganjuran perlawanan malam tadi.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

// LIHAT JERSI BLACKEN SARAWAK UNITED

Ianya tidak menyebut permohonan maaf kepada pengadil perlawanan Mohd Kamil Zakaria yang dilihat terlibat secara langsung dalam insiden yang melibatkan beberapa pemain dan pegawai Sarawak United.

Dalam kenyataan rasmi Posa di laman sosial Sarawak United, Posa menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengulas berkenaan insiden itu kerana ianya masih dalam siasatan.

Posa juga menjelaskan dia menyerahkan kepada MFL dan FAM untuk menilai dan menyiasat kejadian tersebut.

Kenyataan penuh dari Sarawak United boleh dilihat dibawah.