Pasukan Miri FA sekali lagi cemerlang dalam kejohanan futsal Brunei Futsal apabila hampir mengesahkan kedudukan dalam kelompok teratas liga setelah mencatat keputusan seri dan menang minggu lalu.

Pasukan Miri FA berjaya seri 3-3 menentang Arbisyam FC pada 5 Ogos lepas. Namun, pada 6 Ogos lalu, pasukan Miri FA menunjukkan taring apabila memalukan pasukan Eagles Blues setelah menang 8-0.

Setelah lapan perlawanan liga berlangsung, pasukan Miri FA berada di kedudukan kedua carta. Hanya berbaki satu perlawanan lagi, pasukan Miri FA bakal mengesahkan kedudukan dalam kelompok tiga teratas.

Perlawanan terakhir untuk pasukan Miri FA adalah menentang Shah United pada 12 Ogos 2017. – sarawakcrocs.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here