PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Biarpun peluang untuk mereka memenangi Liga Premier kini dilihat lebih tipis, ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan tidak mahu memandang situasi tersebut secara negatif.

Jurulatih berpengalaman itu berkata bahawa segala kemungkinan boleh berlaku dan beliau percaya pasukannya masih mempunyai peluang untuk menjadi juara Liga Premier.

Promosi RM1

Malah, Elavarasan percaya bahawa peluang Negeri Sembilan juga tergugat kerana penyerang utamanya, Francis Kone tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan terakhir Negeri Sembilan menentang PDRM kelak

kone digantung untuk perlawanan terakhir Negeri Sembilan kerana mendapat kad merah pada perlawanan menentang Sarawak United.

Tambahan pula, Elavarasan percaya anak buahnya tidak akan berputus asa sehingga ke perlawanan terakhir bagi memastikan peluang mereka menjadi juara Liga Premier buat julung kalinya tercapai.

// DAPATKAN JERSI ORIGINAL LIGA MALAYSIA PADA HARGA PROMOSI

“Bola itu bulat. Apa sahaja boleh terjadi. Susah nak cakap jadi sehingga perlawanan terakhir, baru kita tahu. Mungkin ada peluang (juarai Liga Perdana) kerana mereka (NSFC) tak dapat turunkan penyerang utama.” kata Elavarasan.

“Lawan mereka, PDRM pun mahu layak ke Piala Malaysia.

Pemain saya tidak akan berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik walaupun berdepan JDTII,” katanya lagi.