PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Kelab bola sepak Sarawak United akan kembali menggunakan Kuching sebagai venue tempat sendiri bagi pusingan kedua Liga Premier.

Ini dapat dilihat melalui jadual Liga Malaysia yang terbaharu dikeluarkan oleh Malaysia Football League (MFL) yang meletakkan semua perlawanan di tempat sendiri Sarawak United di Stadium Negeri, Kuching.

Promosi RM1

Ini juga bermaksud kelab yang terhasil dripada pembelian Selangor United itu akan berkongsi gelanggang tempat sendiri dengan seteru setempatnya, Kuching City FC, yang juga akan memainkan semua perlawanan tempat sendirinya di stadium sama.

Semua empat perlawanan tempat sendiri Sarawak United akan dimainkan pada sebelah malam, pada jam 8.15PM dengan perlawanan Kuching City dijadualkan sehari sebelum perlawanan Sarawak United, pada sebelah petang.

BELI JERSI SARAWAK UNITED

Sungguhpun demikian, Kuching City dilihat bakal menggunakan Stadium Negeri lebih banyak lagi memandangkan semua perlawanan pusingan kedua Kuching City akan dimainkan di Stadium Negeri ekoran kelab tersebut berjaya mendapatkan persetujuan lawan masing – masing untuk bermain di tempat lawan pada keseluruhan pusingan pertama Liga Premier.

Bagi kelab Sarawak United pula, pemain dan pegawai pasukan tersebut akan terpaksa berulang alik keluar dari Sarawak bagi meneruskan aksi mereka di dalam Liga Premier kelak.

Untuk rekod, Sarawak United sebelum ini telah menjadikan Stadium Hang Jebat di Melaka sebagai ‘markas’ sementara untuk pusingan pertama Liga Premier. Jadual penuh Liga Premier untuk pusingan kedua boleh dilihat di sini.