LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemain tengah Sarawak United, Zahril Azri Zabri, telah sah meninggalkan kelab bertapak di Kuching itu, dengan pemain muda tersebut kini dijangka akan bersama pasukan Selangor FC untuk musim 2022.

Sarawak United sendiri telah mengesahkan bahawa pemain berusia 22 tahun itu sudah tidak lagi akan bersama kelab Kenyalang Emas musim hadapan manakala akhbar The Star mengesahkan bahawa jurulatih kelab The Red Giants kini sedang teruja menanti gandingan Zahril dengan pemain kelabnya.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu dianggap antara pemain paling menyerlah untuk Sarawak United musim ini dengan ketangkasan beliau membuat hantaran tepat, serta mengawal bola menjadi pujian ramai peminat.

>> DAPATKAN VOUCHER DISKAUN SHOPEE

Oleh yang demikian, pemergian beliau ke pasukan Selangor sememangnya akan menjadi satu kehilangan besar kepada kelab tersebut.

Sarawak United pula akan buat julung kalinya bermain di Liga Super musim hadapan selepas pasukan tersebut dijenama semula dari Selangor United pada 2019.